Archive for January 2013

Perginya Mujahidah Solehah..

4 Comments »


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




Innalillahiwainnailaihirojiun... 

Al-Fatihah buat...
Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 

Menghembuskan nafas pada 20 Januari 2012, 8 Rabiulawal 1434. Kisah al-marhumah Siti Hajar telah tersebar luas di Facebook dan blog. Kisah yang sangat menyayat hati, yang membuat setiap jiwa mengalirkan air mata atas pemergiannya.. Ana mula-mula tahu tentang keadaan al-marhumah masa ana terbaca status Kak Irfa di Facebook yang mohon mendoakan keselamatan rakannya yang kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat. Dari situ ana mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa... 

Bermula dari rawatan yang memerlukan kos yang tinggi, keadaan kesihatan yang masih tidak menentu... Tiba-tiba suatu pagi, 20 Januari 2012, ana mendapat berita tentang pemergian seorang lagi permata agama yang dikasihi... Dan sejurus selepas pemergian al-marhumah Siti Hajar, kisahnya diceritakan oleh ibunya sendiri dan diselitkan dalam blog Nadia Mujahidah - Rentetan Kisah Siti Hajar . Rentetan peristiwa dan penderitaan yang ditanggung al-marhumah sungguh meruntun hati, tapi ana begitu mengagumi semangatnya yang sangat kuat untuk menghadapi ujian Allah.. Sungguh, redha itu mudah terlahir di bibir... Namun, kisah ini membuktikan betapa redhanya seorang hamba yang benar-benar percaya akan segala ketentuan Ilahi, sungguh mulia insan ini...

Menurut ibunya...

"Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya."

Nama mu menjadi sebutan penduduk di bumi, 
Moga turut menjadi bualan penghuni langit wahai permata agama...

Kami dalam perjalanan ke hospital untuk menziarahi seorang hamba Allah.. Masa ibu sedang memandu, ana kongsikan kisah al-marhumah Siti Hajar dengan ibu, hanya sedikit saja, lalu ana suruh ibu baca sendiri bila pulang. Waktu itu kami sedang menanti Maghrib.. Ana lihat ibu tekun benar menghadap laptop... Rupanya sudah basah pipi ibu membaca kisah ini... 

Ibu kongsikan sesuatu yang pernah ana baca sebelum ini.. Allahu Allah... Tentang bagaimana roh yang baik dan roh yang tidak baik itu diangkat ke langit dengan layanan yang berbeza, lalu dikembalikan semula roh tersebut ke jasadnya dengan layanan yang setimpal juga. Kata ibu... Moga roh al-marhumah Siti Hajar ini, seorang mujahidah agama, diiring penduduk-penduduk langit, para malaikat, untuk dibawa menghadap Allah, dengan sebaik-baik cara, dan dibawa kembali ke bumi dengan penuh lemah-lembut.... 

"Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristighfar pada Allah,” Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan  menaikkan tekanan darah."


Renungkanlah... Masih terluncur di bibirnya tentang berdakwah di jalan Allah :'(  

Mulianya seorang permata agama... Yang sudah menemui pengakhiran bahagia, untuk menemui Penciptanya kelak.. Kita bagaimana pula? Mari sama-sama mengambil kisahnya sebagai teladan, al-marhumah Siti Hajar seorang yang sangat dikasihi dan disayangi, harum namanya sebagai pejuang di jalan Allah, hingga saat akhir hayatnya masih begitu teguh iman, walau diuji dengan hebatnya...



Al-Fatihah... Takziah buat keluarga dan sahabat al-marhumah Siti Hajar.

Semoga rohnya tenang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Kullu nafsin dza iqatul maut (Al Anbiya : 35)



Solatun Bissalamil Mubin

No Comments »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




Hari itu, langit cerah.
Hangat malahan.
Terik kadangkala singgah.
Bahang perlahan mengusap wajah.

Dalam kereta, menuju hospital.
Ku capai phone di tangan.
Earphone ku pasang.
Maka berputarlah playlist Qasidah.

Begitu dekat alunannya.

Tiba-tiba...
Qasidah Solatun Bissalamil Mubin bergema...



Makna Qasidah Solatun Bissalamil Mubin

Selawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku...
Sebagai bukti keteguhan ku, wahai Nabi SAW (kekasih ku)...
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..
Wahai kekasih ku, wahai Rasulullah SAW yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang selawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran..
Laksana hembusan angin yang kencang...




Menghayati bait liriknya membuat hati ini begitu rindu..
Rindu pada mu ya Rasulullah...

Pandangan kian kabur.
Jalanraya di hadapan kian hilang...
Hati makin sebak...

Ana kerling ibu di tempat driver.. Bisik pada hati, bertahanlah, jangan sampai gugur airmataku... Terdetik.. "Macam mana nak sembunyikan airmata dari ibu..?" Hmm... *sayu* Moga jantung ini terus berdegup untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.... 


Di akhirat kelak, Rasulullah SAW akan memberi syafaat pada umatnya.... Mari renungkan... Apa yang sudah kita usahakan untuk layak meraih syafaat dari Baginda? Sudahkah mencukupi...? Mudahnya bibir mengucapkan kecintaan pada Rasulullah SAW, tapi seluruh anggota kita adakah sudah benar-benar membuktikan rasa cinta kita pada Rasulullah SAW? Pesan terutamanya pada diri sendiri, untuk terus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW...

Moga di akhirat kelak, Rasulullah SAW mengenali kita sebagai umatnya.. Bila mana kita berdiri di hadapan Rasulullah SAW kelak, Baginda mengakui bahawa kita tergolong dalam kalangan umatnya yang layak mendapat syafaat Baginda :'(

Kita begitu mengharapkan syafaat dari Baginda, tapi malas berusaha, malas nak berselawat. Tak patut kan..? Rasa segan tak...? *tuju pada diri sendiri* Mari check balik segala amalan kita.. Sebenarnya banyak sangat sunnah Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan.. Dari mula kita bangun tidur sampailah kita nak tidur balik... Ana ada beli satu buku comel, kecil saja, pocket size, tentang lebih 1000 sunnah Rasulullah SAW... Banyak ruang pahala Allah dah berikan, tinggal kita nak ambil peluang atau lepaskan sia-sia.... Kata sayang Rasulullah SAW kan? 

Sejauh mana kita mengenali Baginda?
Sekerap mana kita amalkan sunnahnya?
Sedalam mana kita menghayati sirah perjuangannya?

Sekerap mana kita berselawat ke atasnya?



Mari renungkan.



Jangan sambutan Maulidur Rasul saja meriah 

namun hakikatnya kita tidak tahu apa-apa tentang Baginda Rasulullah SAW. 


Hayati kisahnya.
Contohi peribadinya.

Ingat, Rasulullah SAW begitu mengasihi umatnya yang belum Baginda ketemui. 

Apa bukti kita juga sayangkan Rasulullah SAW?

Tepuk bahu sendiri.
Tepuk bahu sahabat juga.
Mari saling mengingati.


Law Kana Bainana....




Senyum Dalam Tangisan

No Comments »


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Adakalanya.. Seteguh hati seorang wanita.. Sisi rapuhnya masih tersisa.. Masih menekan segenap jiwa.. Kadangkala, hati rasa keseorangan.. Gundah gulana memikirkan masa depan... Sarat di minda dengan amanah yang harus digalas... Rasa tak terpikul di bahu kecil ini... 

Inilah hakikat seorang wanita... Di mana pada wajahnya masih terukir senyuman.. Walau jauh di sudut hatinya menangis hiba... Acapkali di bibir sahabatnya bertanya khabar hati, lalu dijawabnya dengan senyuman.. Walau bergenang di tubir mata...Masih tersenyum dalam tangisan...



Susunlah langkahmu ke arah cermin itu... Dan tersenyumlah dikau pada dirimu.. Renunglah disebalik setiap kepahitan yang tergambar dari senyumanmu... Renunglah disebalik jasad bernyawa yang hilang seri senyumannya.. Biarkan air mata itu mengalir sederasnya andai itu yang hatimu mampu... Biarkan pandanganmu berlabuh pada telusnya matamu membicarakan sayu... Kerana saat itu hati tak mampu menipu... Bersaksikan Tuhanmu... 

Fahamilah mengapa permata di sekelilingmu bertanyakan khabarmu.. Kerana mereka dapat merasakan kesedihan disebalik raut wajah yang tersenyum hiba... Walau tiada bicara yang terluah... Puas merenung ke dalam cermin itu..? Lalu hadiahkanlah senyuman terakhir buat dirimu.. Niatkanlah dalam hatimu... "Andai ini yang terbaik dari Allah buat diriku, maka aku redha.. Kerana aku juga mengharap redhaMu Ya Allah..." Dan... Mungkin di lain masa, saat menatap kembali wajah disebalik cermin, mungkin tiada lagi senyuman hiba, mungkin saja senyuman itu penuh redha mengharap rahmatNya, mungkin saja senyuman itu senyuman bahagia yang sudah lama dirinduinya ♥


Wahai mawar agama di luar sana yang tabah hatinya.. Yang bibirmu masih dipaksa rela untuk mengukir senyuman.. Yang matamu masih menyembunyikan derita... Yang kudratmu masih digagahkan untuk terus berjuang pada jalanNya.. Yang pasak imanmu masih tak tergugah dek arus dunia.. Moga Allah sentiasa melindungi jiwa-jiwa teguh ini.. Kerana kamulah bakal penghuni syurga, bakal bidadari yang akan menghiasi JannahNya ♥

Senyum dalam kesedihan
adalah suatu ketabahan
Menangis dalam kepayahan
adalah suatu kesabaran
Gembira dalam keredhaan
adalah suatu ketenangan
Mensyukuri pemberian Allah
adalah suatu nikmat kebahagiaan

- SeindahCintaIslam




Muslimah Bertudung Labuh Hijau

No Comments »



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Merindui laman ini. Hati sentiasa merasa dekat, cuma bibir tak terluah segalanya. Saban hari menanti, dan terus menanti detik paling tepat untuk ku ukir kembali bingkisan hati di sini. Akhirnya, terpanggil detik ini untuk sekali lagi meneruskan jihad kecil ku ini...

Berhari-hari, tidur tak lena. Diasak dengan minggu final exam yang sangat pack, ditambah dengan debaran untuk capai target, diselingkan dengan mimpi yang kadangkala menggusarkan jiwa. Semua masih ku sambut dengan senyuman.. Sungguh, penawarnya senyuman...

Allah.. Allah...
Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya...

Setelah malam-malam yang berlalu dengan mimpi yang sangat tragik, pulang saja dari hostel, selamat tiba di rumah, malam itu ana tidur di sebelah ibu.. Mulanya ana tertidur di sofa.. Lalu ibu kejutkan ana dan ana bangkit beralih ke bilik ibu dan terlelap di sebelahnya... Alhamdulillah tiada mimpi buruk.. Namun.. Masa ana qailullah.. Ana didatangi satu mimpi...

Hm.. Orang kata kalau kita bermimpi, jangan cerita pada orang lain.. Makanya ana suka berkias saja... Beginilah kiasan yang ana mampu nukilkan... Ana bermimpi.. Berada di satu kelompok... Kabur waktu itu, entah malam entah siang... Di sekeliling ana entah siapa, ana tak kenal.. Tiada walau satu wajah pun yang ana cam... Tapi disebalik keramaian itu, ana lihat sekumpulan muslimah bertudung labuh hijau berhampiran ana... SubhanAllah.. Indah sangat pemandangan... Dan... Bila melihat diri ini... Rupanya ana juga segolongan dengan mereka... Allah.. Allah.. Nak menangis rasanya...

Tiba-tiba ana didatangi seseorang.. Tidak ana kenali.. Lagaknya seperti mahu merentap tudung labuh hijau yang tersarung pada ana... Lalu ana peluk erat tudung labuh itu dan seolah berkata padanya...


"Mengapa mahu dirampas hijabku? Hijab ini sajalah harta yang ana ada..."

Ana renung dalam wajah itu.. Lalu dia pergi... Dan ana terjaga...



Untuk mentafsir, ana bukanlah orang yang layak. Untuk menganggap mimpi itu sekadar mainan tidur, ana pun tak berani untuk menjawab lebih. Cuma, ana bersyukur, didatangi mimpi indah sebegitu... Ana bakal merindui diri ana dalam mimpi tersebut... Bakal merindui ketenangan disebalik wajah dan bicaranya. 

Hmm, tudung labuh. Al-kisahnya... 
*tersenyum*

Fi hifzillah  ♥