Solatun Bissalamil Mubin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




Hari itu, langit cerah.
Hangat malahan.
Terik kadangkala singgah.
Bahang perlahan mengusap wajah.

Dalam kereta, menuju hospital.
Ku capai phone di tangan.
Earphone ku pasang.
Maka berputarlah playlist Qasidah.

Begitu dekat alunannya.

Tiba-tiba...
Qasidah Solatun Bissalamil Mubin bergema...



Makna Qasidah Solatun Bissalamil Mubin

Selawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku...
Sebagai bukti keteguhan ku, wahai Nabi SAW (kekasih ku)...
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..
Wahai kekasih ku, wahai Rasulullah SAW yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang selawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran..
Laksana hembusan angin yang kencang...




Menghayati bait liriknya membuat hati ini begitu rindu..
Rindu pada mu ya Rasulullah...

Pandangan kian kabur.
Jalanraya di hadapan kian hilang...
Hati makin sebak...

Ana kerling ibu di tempat driver.. Bisik pada hati, bertahanlah, jangan sampai gugur airmataku... Terdetik.. "Macam mana nak sembunyikan airmata dari ibu..?" Hmm... *sayu* Moga jantung ini terus berdegup untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.... 


Di akhirat kelak, Rasulullah SAW akan memberi syafaat pada umatnya.... Mari renungkan... Apa yang sudah kita usahakan untuk layak meraih syafaat dari Baginda? Sudahkah mencukupi...? Mudahnya bibir mengucapkan kecintaan pada Rasulullah SAW, tapi seluruh anggota kita adakah sudah benar-benar membuktikan rasa cinta kita pada Rasulullah SAW? Pesan terutamanya pada diri sendiri, untuk terus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW...

Moga di akhirat kelak, Rasulullah SAW mengenali kita sebagai umatnya.. Bila mana kita berdiri di hadapan Rasulullah SAW kelak, Baginda mengakui bahawa kita tergolong dalam kalangan umatnya yang layak mendapat syafaat Baginda :'(

Kita begitu mengharapkan syafaat dari Baginda, tapi malas berusaha, malas nak berselawat. Tak patut kan..? Rasa segan tak...? *tuju pada diri sendiri* Mari check balik segala amalan kita.. Sebenarnya banyak sangat sunnah Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan.. Dari mula kita bangun tidur sampailah kita nak tidur balik... Ana ada beli satu buku comel, kecil saja, pocket size, tentang lebih 1000 sunnah Rasulullah SAW... Banyak ruang pahala Allah dah berikan, tinggal kita nak ambil peluang atau lepaskan sia-sia.... Kata sayang Rasulullah SAW kan? 

Sejauh mana kita mengenali Baginda?
Sekerap mana kita amalkan sunnahnya?
Sedalam mana kita menghayati sirah perjuangannya?

Sekerap mana kita berselawat ke atasnya?



Mari renungkan.



Jangan sambutan Maulidur Rasul saja meriah 

namun hakikatnya kita tidak tahu apa-apa tentang Baginda Rasulullah SAW. 


Hayati kisahnya.
Contohi peribadinya.

Ingat, Rasulullah SAW begitu mengasihi umatnya yang belum Baginda ketemui. 

Apa bukti kita juga sayangkan Rasulullah SAW?

Tepuk bahu sendiri.
Tepuk bahu sahabat juga.
Mari saling mengingati.


Law Kana Bainana....




This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply