Archive for February 2013

Itsar Dalam Ukhuwah

No Comments »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...


Ayat kegemaran sahabat ana dalam surah Az-Zukhruf :)

"Teman-teman akrab pada hari (kiamat) nanti sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."
(QS. Az Zukhruf : 67).

Acapkali ana telusuri erti sebenar ukhuwah fillah, ukhuwah Islamiyah yang sering meniti bibir insan di sekeliling termasuk ana juga. Hari ini terdetik hati untuk berbicara tentang itsar, tahap tertinggi dalam berukhuwah. Dan sejujurnya, ana jadi saksi, betapa ramainya insan yang berukhuwah dengan tahap tertinggi ini. Mukmin itu ajaib, ana percaya. Sungguh ajaib Allah ciptakan manusia itu, hingga ada di antaranya yang sanggup melebihkan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Sememangnya Allah Pencipta yang paling hebat, tiada tolok bandingnya. 

Buat insan di sekeliling ana, moga Allah membalasmu dengan setinggi-tinggi kebaikan, sebagaimana ikhlasnya kamu dalam berukhuwah keranaNya, semata-mata demi redhaNya, hingga kepentinganmu menjadi yang kedua dari saudaramu. Semoga setiap inci kasih sayangmu pada sahabatmu yang tak terukur oleh mata kasar akan Allah balas dengan tautan ukhuwah hingga ke JannahNya. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan mereka, yang mencapai tahap itsar dalam jalinan ukhuwah kerana Allah :')


Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, "Ada tiga perkara yang apabila seseorang memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai seseorang tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan darinya sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam api." 
(HR. al-Bukhari)

Sedikit perkongsian tentang ciri sahabat dari blog hamba Allah :)


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. ” 


1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


Jagalah Dia Buatku Ya Allah...

No Comments »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...



Allahu Allah... 

Jagalah dia buatku Ya Allah.. Kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga.. Kerana Engkau lebih menyayanginya andai mahu dibanding dengan sekelumit kasihku... Ya Allah, dia membutuhkan kekuatan dariMu.. Maka dakaplah dia erat dalam mahabbah dan rahmatMu.. Sambutlah insan yang ku sayang itu saat jatuh... Sentuhlah hatinya saat dia gundah... Usaplah air matanya saat dia berduka... Kerana aku tak mampu berada di sana untuk menemaninya.. Peliharalah dia dan keluarganya... Temanilah dia saat diduga ini, agar dia tahu Engkau sentiasa di sisinya, tak pernah sesekali meninggalkannya. Hanya padaMu jualah hambaMu memohon perlindungan dan kekuatan...

Be strong.
Stay strong.