Perginya Mujahidah Solehah..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




Innalillahiwainnailaihirojiun... 

Al-Fatihah buat...
Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 

Menghembuskan nafas pada 20 Januari 2012, 8 Rabiulawal 1434. Kisah al-marhumah Siti Hajar telah tersebar luas di Facebook dan blog. Kisah yang sangat menyayat hati, yang membuat setiap jiwa mengalirkan air mata atas pemergiannya.. Ana mula-mula tahu tentang keadaan al-marhumah masa ana terbaca status Kak Irfa di Facebook yang mohon mendoakan keselamatan rakannya yang kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat. Dari situ ana mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa... 

Bermula dari rawatan yang memerlukan kos yang tinggi, keadaan kesihatan yang masih tidak menentu... Tiba-tiba suatu pagi, 20 Januari 2012, ana mendapat berita tentang pemergian seorang lagi permata agama yang dikasihi... Dan sejurus selepas pemergian al-marhumah Siti Hajar, kisahnya diceritakan oleh ibunya sendiri dan diselitkan dalam blog Nadia Mujahidah - Rentetan Kisah Siti Hajar . Rentetan peristiwa dan penderitaan yang ditanggung al-marhumah sungguh meruntun hati, tapi ana begitu mengagumi semangatnya yang sangat kuat untuk menghadapi ujian Allah.. Sungguh, redha itu mudah terlahir di bibir... Namun, kisah ini membuktikan betapa redhanya seorang hamba yang benar-benar percaya akan segala ketentuan Ilahi, sungguh mulia insan ini...

Menurut ibunya...

"Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya."

Nama mu menjadi sebutan penduduk di bumi, 
Moga turut menjadi bualan penghuni langit wahai permata agama...

Kami dalam perjalanan ke hospital untuk menziarahi seorang hamba Allah.. Masa ibu sedang memandu, ana kongsikan kisah al-marhumah Siti Hajar dengan ibu, hanya sedikit saja, lalu ana suruh ibu baca sendiri bila pulang. Waktu itu kami sedang menanti Maghrib.. Ana lihat ibu tekun benar menghadap laptop... Rupanya sudah basah pipi ibu membaca kisah ini... 

Ibu kongsikan sesuatu yang pernah ana baca sebelum ini.. Allahu Allah... Tentang bagaimana roh yang baik dan roh yang tidak baik itu diangkat ke langit dengan layanan yang berbeza, lalu dikembalikan semula roh tersebut ke jasadnya dengan layanan yang setimpal juga. Kata ibu... Moga roh al-marhumah Siti Hajar ini, seorang mujahidah agama, diiring penduduk-penduduk langit, para malaikat, untuk dibawa menghadap Allah, dengan sebaik-baik cara, dan dibawa kembali ke bumi dengan penuh lemah-lembut.... 

"Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristighfar pada Allah,” Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan  menaikkan tekanan darah."


Renungkanlah... Masih terluncur di bibirnya tentang berdakwah di jalan Allah :'(  

Mulianya seorang permata agama... Yang sudah menemui pengakhiran bahagia, untuk menemui Penciptanya kelak.. Kita bagaimana pula? Mari sama-sama mengambil kisahnya sebagai teladan, al-marhumah Siti Hajar seorang yang sangat dikasihi dan disayangi, harum namanya sebagai pejuang di jalan Allah, hingga saat akhir hayatnya masih begitu teguh iman, walau diuji dengan hebatnya...



Al-Fatihah... Takziah buat keluarga dan sahabat al-marhumah Siti Hajar.

Semoga rohnya tenang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Kullu nafsin dza iqatul maut (Al Anbiya : 35)



This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

4 Responses to “Perginya Mujahidah Solehah..”

  1. air mata ini gugur tatkala membaca kisah al-marhumah. hebatnya dia dalam meletakkan pengharapan kepada Allah. jujur, hati ini meronta-ronta mahu menjadi seperti beliau. Allahurabbi... Dia direhatkan disisi kekasih agung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagia, bahagia di sisi Kekasih Agung. Begitu hebat redhanya, hingga tertunduk malu membandingkan diri yang diuji tak seberapa. Kisahnya menjadi teladan buat umat akhir zaman..

      Delete
  2. Ukthi pun menangis bila dengar al-marhumah meninggal dunia ;( semoga dia ditempatkan di kalangan orang-2 beriman amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada air mata yang tidak gugur membaca kisah al-marhumah :'( Amin. Kenanglah permata agama ini dalam doa.. Moga Allah menemani rohnya..

      Delete