Allah Bersama Adikmu, Kak...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...


Waktu ana menulis tentang sakit itu kaffarah dosa, ana tak sangka pula Allah akan hadirkan seorang insan untuk meminta bantuan ana. Allahu Allah. Diri tidak merasa layak untuk berkata lebih, kerana ana hanya diduga dengan ujian yang begitu sedikit. Ana hanya diuji dengan sakit biasa saja andai nak dibanding dengan golongan yang sedang bertarung nyawa di luar sana, andai nak dibanding dengan mereka yang sudah pulang ke pangkuan Ilahi. Ana tak layak. Tak layak untuk berkata. Namun, andai untuk berkongsi pandangan, ana usahakan, demi seorang insan yang Allah pertemukan melalui post ana sebelum ini. 

Ujian sakit. Itulah antara tanda kasih Allah pada hambaNya. Bukan saja melalui nikmat, malah diselingkan dugaan, kerana sejujurnya, manusia lebih menghargai kemanisan setelah merasa pahitnya, lebih menghargai nikmat sihat setelah dihembus dengan dugaan sakit. Dan wahai hamba Allah, telusurilah firman Allah dalam surah Al-Baqarah...

Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu mengingkariKu. [Al-Baqarah : 152]

" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al Baqarah 2:155) "

Sedikit perkongsian... 

Seorang yang sangat ana sayang, sudah kembali ke rahmatullah. Saudara yang ana panggil dengan gelaran ibu Ani, yang sering menjaga ana masa kecil. Kebergantungannya pada Allah sangat mengagumkan. Arwah cukup mendamaikan di mata ana... Walaupun sakit, ibadahnya tetap dijaga. Entah bila ana tahu tentang bypass surgery ibu Ani, namun saat ana tahu akan realiti yang ibu Ani tanggung, ana menjadi lebih kagum dengannya yang begitu tabah, lebih lagi senyuman yang tak lekang di bibirnya, aura cerianya yang menyejukkan hati insan sekeliling. Hingga saat akhir, ana dikhabarkan doktor bahawa arwah menghembuskan nafas terakhirnya  pada waktu Subuh. Allah... Tatkala menaip, hati menjadi sebak. Terkenang Subuh itu, walaupun sudah lama berlalu, masih segar di minda. Berkejaran ke hospital, terkenang suaranya, senyuman terakhir pada hari sebelumnya... *tak dapat teruskan*

Setiap kesakitan itu, Allah penyembuhnya. Ubat dan rawatan itu ikhtiar, kebergantungan itu pada Allah. Andai Allah izinkan sembuh, nescaya akan sembuh juga. Bagi insan yang melihat, perit bukan? Namun ketahuilah, lebih perit yang menanggung. Bersabarlah... Sabar, ucapan yang mudah dituturkan, sukar dilaksanakan, namun begitu besar ganjarannya :') Redha atas ketentuan Ilahi. Berilah sokongan, setialah di sisinya. Salurkan kekuatan padanya melalui senyumanmu, meskipun begitu risau, sembunyikan dalam hati. Jadilah pendengarnya yang setia, saat duka dan tawanya. Khabarkan padanya bahawa sakit ini adalah sentuhan mahabbahNya... Pegang erat tangannya, niatkanlah moga Allah permudahkan segalanya. Tatap penuh kasih wajahnya, moga disebalik wajah yang tersenyum dalam kesakitan, akan terus teguh hatinya untuk redha atas suratan takdir. Zahirkan kekuatan agar insan yang menanggung turut terkesan dan terus kuat untuk menghadapi ujian dariNya. Inilah peranan kita, pemerhati sisi yang setia.


Kepada kakak insan tersebut yang tersayang, risau itu biasa. Bukankah saudara seagama, yang bersatu hatinya dalam tautan ukhuwah fillah, akan turut merasa sakit saudaranya? Andai dicubit paha kiri, paha kanan juga terasa sakitnya. Andai saudaramu sakit tenat, pasti sepanjang malam berjaga memikirkan saudaramu, tak betah rasanya hanya duduk termenung, pasti mahu dekat dengannya. Wahai kakak tersayang... Begitu sayang kamu pada adikmu... Doakanlah kesejahteraannya, kesembuhannya, moga Allah beri kekuatan pada adikmu... Allah sedang menguji ukhuwahmu, Allah sedang menghapus dosa kecilnya... Maka terus-menerus husnuzon pada Penciptamu.... Rahmatnya begitu luas tertebar di muka bumi ini... Moga Allah lindung kamu berdua... Innallaha ma'ana...

Allah bersama adikmu, kak...

Fi hifzillah :)


This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

7 Responses to “Allah Bersama Adikmu, Kak...”

  1. SubhanAllah ukhti.. Terima kasih ya.. ana dan kakak terharu skali.. subhanALLAH :)

    semoga Allah membalas jasamu.. Aamiin
    dan Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa ! :')

    ReplyDelete
  2. Allah Allah Allah..subhanallah..

    apa lagi yang boleh ana katakan..hanya senyuman yang dapat ana ukirkan..begitu indah nasihat dan kata-kata semangat dari seorang sahabat buat sahabatnya yang lain..kadang-kadang bukanlah ubat yang dapat melegakan sesuatu keperitan yang ditanggung seseorang tetapi ia adalah keberadaan orang tersayang disisi mereka yang senantiasa mengambil berat, mendoakan, memberi nasihat serta memberi kata semangat..

    wahai ukhti yang ditimpa ujian dari Allah, bersyukurlah..sungguh ukhti insan terpilih..bukankah setiap perancangan Allah itu yang terbaik?? maka setiap pemberiannya juga adalah yang terbaik..kita tidak tahu sedangkan Allah itu Maha Mengetahui..setiap keperitan itu, Allah sentiasa hadirkan dengan nikmat kasih sayangNya kepada diri kita..yakin dan sangka baik dengan Allah sentiasa..letakkan sepenuh pergantungan itu pada Allah..bukankah Nabi Ayyub a.s. juga diuji dahulunya?? bahkan lagi teruk?? tetapi Nabi Ayyub a.s. tetap redha..para malaikat turut bersedih sehingga meminta Nabi Ayyub a.s. berdoa kepada Allah supaya beri kesembuhan..Nabi Ayyub a.s. membalas dengan maksud kurang lebihnya begini "inikan pemberian dari Allah, maka kenapa mesti aku minta untuk Allah ambil kembali"..dan Nabi Ayyub a.s. terus memuji Allah dengan 99nama Allah yang indah..dek kerana pujian itu maka sembuhlah kekasih Allah Nabi Ayyub a.s.

    tidakkah kita ingat juga akan kisah Uwais Al-Qarni?? bukankah sahabat itu juga diuji Allah..dipandang pelik oleh masyarakat dan diberikan penyakit sopak..tatkala ibunya berdoa dihadapan kaabah memohon kebaikan dirinya didunia dan akhirat, dia diminta oleh ibunya untuk berdoa juga supaya dihilangkan penyakit sopak itu..tetapi apa katanya "cukuplah ibu mendoakan kebaikanku didunia dan akhirat"..tapi kerana taat kepada ibunya maka dia berdoa kepada Allah "kau ambillah kembali penyakit sopak ini dek kerana permintaan ibuku melainkan Engkau tinggalkan sedikit sahaja sebagai tanda syukurku atas pemberian dari Mu itu"..

    Allah Allah Allah..apapun semoga cepat sembuh ya ukhti..syafakillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ya akhi. Telusuri sirah perjuangan Rasulullah, para Nabi serta para sahabat. Sungguh, Allah menguji bukan saja-saja. Ada hikmah, ada ibrah disebaliknya.

      Ukhuwah fillah, meski jauh terasa dekat, meski tak pernah bersua namun terasa sudah lama mengenali antara satu sama lain. Moga Allah lindungi ukhti tersebut serta menyembuhkan penyakitnya. Sama-sama doakan.

      Jazakallah khairan khatira akhi..

      Delete
  3. Alhamdulillah~
    hanya pada Allah ana serhkn segalanya~

    Syukran jazilan ats memberi dorongn kpd kami..

    Jadikanlah amal perbuatan kita ikhlas hanya kerana Allah semata-mata Kerana itu, apa yang seharusnya kita tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.

    Syukran 'ala kulli hal~
    Jaazakillahu khairan jaza'

    Ana uhibbuki fillah ..InsyaAllah ilal Jannah!

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL~ SUBHANAALLAH
    sYUkran ya Ukhti! Jazakillahu khairan jaza'.. Aamiin!

    Jadikanlah amal perbuatan itu ikhlas hanya kerana Allah.

    Ingtlah surah Muhammad ayt 7
    "Sesiapa yg tolong agama ALLAH,nescaya ALLAH akn bntu kita"
    InsyaAllah~

    Salam P'juangn Fisabilillah.
    Ana uhibukki Fillah .. InsyaAllah Ilal Jannah! Aamiin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan ya ukhti..
      Moga Allah memelihara ukhuwah kamu berdua.
      Ya, segalanya kerana Allah :)

      Salam Perjuangan Fisabilillah juga :)
      Ana uhibbuki fillah aidhan :)

      Delete
  5. Terima kasih buat antum semua.. SubhanAllah hebatnya ukhwah ini.. ukhwah kerANA ALLAH.. terdiam sebentar melihat semua ini.. betapa hebatnya kuasa Allah.. ALLAHU AKHBAR.. Alhamdulillah.. Jazakallahukhairan kathiran.. Aamiin :)

    ReplyDelete