Ya Rabb, Aku Sudah Letih.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...





Mungkin ramai yang mula terdetik di hati,
"Ya Rabb.. Aku sudah letih.. Letih hidup begini.. Letih hidup di jalan ini..."

Namun, ketahuilah, saat dirimu berasa letih, siapa yang meniupkan kekuatan padamu? Siapa yang mengujimu? Siapa yang melancarkan urusan sesudah itu? Siapa yang memberi ruang untukmu mencari hikmah di sebalik setiap sesuatu? 

Tahu siapa? ALLAH SWT.

Pernah tak kita terbayang, "Okay, sepanjang minggu depan akan sangat sibuk. Rasa macam tak ada masa untuk benda lain. Kena buat ini.. Buat itu... Serabutnya banyak assignment! Cepatlah habis... Dah tak sanggup..."

Rupa-rupanya, hari-hari yang kita rasa SUKAR dan TAK MAMPU nak lalui, telah pun berlalu SEKELIP MATA. Kejap saja masa berlalu kan? Saya pasti saat genting ni, semua sedang sesak dengan test, assignment, final year project, proposal, presentation dan sebagainya. Namun entah mengapa, kita masih tetap berdiri dan terus melangkah walaupun mula-mula rasa nak give up. 

Oh, oh, oh. 

Tahu kenapa? Allah yang pinjamkan KEKUATAN ini. Masa berlalu begitu pantas kerana Allah yang menemani setiap derap langkah si hamba. Ada hari-hari di mana akan ada aral melintang, akan ada sesuatu yang serba tak kena - itu lumrah. Saat hati terasa lelah, rehat sebentar. Mintalah pertolongan dari Allah. Bersabarlah. Ingat lagi surah Al-Baqarah ayat 45?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Tahu tak bila waktu rehat Rasulullah SAW? Waktu rehat Baginda adalah waktu solat, ketika dirinya tunduk sujud pada Allah. Cuba renungkan kenapa Rasulullah SAW merasakan bahawa solat itu adalah waktu rehat baginya. Cuba bila balik bilik lepas seharian menghadap assignment dan urusan harian yang sangat padat, cuba solat. Nikmatnya solat saat itu tak terucap dengan kata. Hanya kita dan Allah saja yang tahu. Saat hanya Dia yang mengetahui segala isi hati, dan kepadaNya kita meluahkan segalanya usai solat. Cuba tanamkan dalam diri ya :) Solat = Waktu Rehat. Jadi, kalau nak hilangkan penat, kuncinya adalah solat :) Nak tambah extra amalan, bacalah Al-Quran, petunjuk sepanjang zaman :)


Alhamdulillah, moga Allah teguhkan hati, mantapkan langkah,
dan kuatkan jasad untuk terus survive.
Be strong everyone!


This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply