Archive for April 2013

Berdoalah Wahai Si Hamba..

No Comments »

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...




Berbahagialah.

Ya, berbahagialah, kerana Allah ada.
Ada di sisi hamba yang selalu saja lupa.

Sesungguhnya Allah itu dekat.

Dan mengupas tentang menjaga hubungan dengan Allah, sudah terang lagi bersuluh bahawa jalan paling pantas adalah berdoa. Kerana doa seorang hamba itu tidak menuntut terzahirnya bicara. Sedangkan setiap bingkisan hati yang terdetik juga dikira sebagai doa andai itulah yang diniatkan si hamba. Setiap butir kata yang terlahir dari bibir itu juga dihitung sebagai doa. Dan ingatlah wahai hamba, doa itu adalah senjata orang mukmin.

Apabila seorang hamba itu berdoa, andai Allah tidak memakbulkan apa yang DIMINTA, Allah pasti akan berikan apa yang dia PERLU. Yakinlah akan pertolongan Allah, HasbunAllah Wa Ni’mal Wakil... Allah akan memberikan pertolongan kepada mereka yang berusaha, maka andai yang diminta itu tinggi melangit harganya, usaha yang perlu dituai jua haruslah sejajar dengan doamu.

Berdoalah wahai si hamba,
kerana itu satu jalan,
menuju redha Pencipta.

Allahu Rabbi, sungguh kami hanyalah insan yang kerdil lagi hina, sungguh kami seringkali meminta-meminta, maka Engkau jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur, atas ujian dan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepada kami.

Fi hifzillah :')


Sedikit Pengisian Jiwa.

No Comments »



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...




Berperang dengan rasa mengantuk di Kemahiran Insaniah pada pagi Sabtu lepas. Lelah tubuh badan setelah seminggu memegang amanah masih terasa, cuma tak diberi kelapangan untuk melayan rasa. Namun diri harus digagahkan juga. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. 

Slot pertama adalah rumusan personaliti mengikut warna. Rupanya ana lebih kepada warna biru. Seorang yang lebih suka mendengar, puitis dalam berbahasa, sabar dan tenang. Kehadiran golongan berwarna biru dalam hidup seseorang lebih kepada meneutralkan keadaan, menjernihkan air yang keruh, menenangkan jiwa yang berkocak. 

Isi dari penceramah lain. Manusia ni makin kita kaji makin unik, makin kita tak faham. Bertahun kenal pun belum tentu kita dapat memahami mereka :) Sungguh, Allah jualah yang benar-benar memahami diri kerana kadangkala kita juga tidak memahami diri sendiri. 

Bila slot sudah mula menghanyutkan ana kepada rasa mengantuk, lekas saja tangan ini mendengar alunan suara merdu Sheikh Mishary Al-Afasy membaca surah Al-Kahfi dan  Bila kita dengar sayup-sayup lantunan suara merdu Qari membaca Al-Quran, Kalamullah, walau tak faham secara direct maknanya tapi kita rasa sayu sangat, rasa dekat dengan nota cintaNya. Ya Allah, sentuhlah hati hambaMu yang sering alpa dengan hiasan duniawi ini. Peliharalah kami dari fitnah akhir zaman.

Tiba-tiba penceramah tanya tentang sesuatu. Siapa yang bermula dari Januari 2012 hingga detik ini tak pernah sekalipun tinggalkan solat. Kami disuruh tutup mata dan jujur pada diri sendiri. Siapa yang tak pernah tinggal solat kekal berdiri. Allahu Rabbi. Soalan yang cukup simple tapi kesannya amat mendalam. Bayangkan, perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah solat. 

Rajin mana pun beribadah, kita kena ingat, manusia masuk syurga bukan semata kerana amalan tapi kerana kasih sayang, rahmat Allah. *menangis* Kemahiran Insaniah, bermula dengan rasa mengantuk, berakhir dengan kembali kepada mengingati Allah. Alhamdulillah syukur, pengisian yang sangat bermanfaat :')

Muhasabah.