Sakit Itu Kaffarah Dosa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...


Masih di rumah. Masih berkira-kira bila mahu pulang ke hostel. Sengaja menangguhkan. Entah kenapa, rasa tak mahu pulang ke kolej, tak mahu juga berada di rumah. Rasa serba salah bila buat orang sekeliling risau. Jadi ana lebih gemar sendirian saja. Duduk terperap di bilik, walaupun tak dapat nak menipu orang sekeliling sebab batuk pun bergema juga dalam bilik melainkan bilik ana kalis bunyi. Allah, semoga Engkau permudahkan.

Pakej sakit datang lagi. Alhamdulillah. Baru baik dari pakej sebelum ini, hampir 3 minggu ambil masa nak pulih. Kini diuji badai kedua, second wave yang agak ekstrem dari sebelumnya. *senyum* Bila Allah uji, kita senyum :) Bila Allah tak uji, baru kita kena risau. Kerana sesungguhnya ujian itu mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan nikmat itu kadangkala lebih menjarakkan kita dengan Allah. Takut kan? Terima kasih Ya Allah atas ujian yang begitu kecil ini, andai nak dibanding dengan insan lain yang terpaksa memikul beban yang lebih berat lagi. Syukur Alhamdulillah.

Mari kita ambil ibrah disebalik ujian kali ini. Nak kongsi sikit. Bila kita sakit, kalimah pertama terluncur dari bibir kita mesti 'ALLAH' kan? Hebatnya kuasa Allah. Bila hambaNya susah, tempat kembali dan mengadu hanya padaNya. Bila Allah bagi ujian, sebutlah Alhamdulillah, jangan asyik merungut saja, kerana Allah masih sudi ingatkan kita untuk ingat kepadaNya, Allah sedang memandangmu melalui ujian yang diberikan olehNya. *terharu* Bayangkan kalau Allah biar saja kita hanyut dalam nikmat, maka rugilah kita sebagai hamba kalau tidak diuji. Ujian hadir untuk meningkatkan keimanan seorang hamba, hamba yang melihat dari mata hatinya.

Maka kerana itulah Allah berfirman:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)


Ini motivasi yang saya selalu cakap dekat sahabat bila sakit. Apabila hamba Allah itu diuji dengan kesakitan, Allah utuskan 4 malaikat untuk mencabut rezeki, kecantikan muka, selera makan dan dosa kecil. Tapi bila dah sihat, Allah arahkan malaikat untuk pulangkan semuanya kecuali dosa kecil. Sayang tak Allah pada hambaNya? *menangis*

Sedang asyik scroll di FB tiba-tiba terserempak dengan kata-kata ini.

Ingatlah! 

Dalam bahagia Allah menyisipkan duka. 
Agar kita tahu bahawa ada hikmah disebalik sekaan air mata. 

Dalam harap Allah menyelitkan resah. 
Agar kita sedar untuk mengiringi do’a dengan segenap pasrah. 

Dalam juang pun Allah meletakkan lelah. 
Agar kita ingat betapa mahalnya harga istiqamah. 

Memang Allah tidak menjanjikan bahawa langit itu tidak selalu biru, bunga tidak selalu mekar dan matahari tidak selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi... 

Pelangi di setiap Badai, 
Senyum di setiap Air Mata, 
Berkah di setiap Cubaan, 
dan Jawapan di setiap Do’a.

Fi hifzillah sahabat :)


This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

7 Responses to “Sakit Itu Kaffarah Dosa”

  1. Assalammualaikum,
    ukhti boleh ana minta tolong ukhti ?
    boleh ukhti kongsikan dengan ana entry berkaitan ujian sakit :')

    ana m'hdap beberapa sakit.. jadi teringin kongsikan buat kakak yang selalu risaukan ana.. huhu..

    Jazakillah ukhti ! semoga Allah meredhaimu, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ukhti.. syafakillah.. boleh ana tahu ukhti sakit apa? insyaAllah ana cuba tunaikan permintaan ukhti. tentang ujian sakit ya? walaupun tak layak tapi ana cuba ya. supaya kakak ukhti kurang risaunya...

      dugaan itu tanda kasih Allah buat hambaNya wahai ukhtiku :)

      wa iyyaki ya ukhti. barakallahu fik.

      Delete
    2. SubhanAlla.. syukran ukhti :)
      masalah paru-2 dan sakit kepala yang kerap..
      Alhamdulillah atas segala ujianNya..

      Delete
    3. moga Allah lindung kamu sahabatku..
      Doa ana mengiringi, moga dipermudahkan :)

      Delete
  2. salam..
    bleh share lagu background ni? :)
    terkesan bile mdengarnyew
    mekasih

    ReplyDelete
  3. salam..
    bleh share lagu background ni?
    terkesan bile dgr..

    tqvm

    ReplyDelete