Perginya Hazman... Seribu Pengertian..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...



Ibu panggil ana ke ruang tamu, makan bersama sambil tengok TV Al-Hijrah. Makan malam paling sayu ana pernah rasakan. Mata ibu sudah berkaca melihat rancangan di TV Al-Hijrah 'Perginya Hazman... Seribu Pengertian...." tentang pemergian adik Hazman, kembalinya seorang hamba Allah ke pangkuan Penciptanya. Al-Fatihah.

Allah.. Begitu besar ujian buat keluarganya, begitu tabah hati si ibu yang memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, begitu kentalnya jiwa adik Hazman yang menanggung derita sakitnya namun tidak pernah lupa akan Allah. Ibu sudah teresak-esak, kami berdua gelak kecil diiringi airmata yang tak henti mengalir. Gelak yang dibuat-buat kerana hati tak mampu menahan lagi sebak....

Ana terharu, kagum, tak terkata. Betapa insan teristimewa yang diuji dengan ketidaksempurnaan fizikal, yang terlantar di katil, yang harus diusung ke sana ke mari walau di dalam kelasnya, namun masih kuat semangatnya untuk menimba ilmu. *insaf* Betapa insan pilihan Allah ini, prinsipnya untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad, telah Allah makbulkan hajatnya. Hingga ke saat akhir untuk menjawab peperiksaan SPM, saat itu jualah Allah menjemputnya kembali ke pangkuan Allah.

Di saat terlantar sebegitu, masih digagahkan untuk solat menghadap Yang Maha Pencipta. Insan yang tersemat surah Al-Waqiah di dadanya.. Bahkan adik kepada Hazman yang sakit juga begitu mengutamakan solatnya. Sempat membacakan Yasin buat arwah abangnya. Pilu bila terkenangkan rata-rata remaja zaman sekarang yang sihat tubuh badan, sempurna anggota, namun memandang ringan soal ibadah solatnya sedangkan perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah solat.  

Alhamdulillah urusan arwah dipermudahkan. Benarlah, hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya, maka khusnul khatimah buatmu. Ya Allah, matikanlah kami hamba-hambaMu dalam khusnul khatimah, dan jauhkanlah kami daripada su'ul khatimah, Ya Allah...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, semoga Engkau tempatkan hambaMu ini dalam kalangan orang yang beriman, di sisiMu Ya Allah... Dan berikanlah kekuatan pada keluarganya yang begitu tabah mengharungi dugaan dariMu, semoga dipelihara keluarga ini dan semoga diberi sihat tubuh badan dan kebahagiaan buat adiknya jua... Teruskanlah menjadi pejuang di jalan Allah, doa kami mengiringi....


Ana terbaca luahan dalam blog sahabat sekelasnya.

Perginya Insan Teristimewa

'Kesedihan atas pemergiannya membuat kan kami warga sekolah sedih dan terkilan atas pemergiannya Hazman Shahir B.Samsul Kamar . Ya Allah , begitu cepat Engkau mengambilnya Ya Allah . Pagi semalam , sebelum exam , filzah susun meja dan tempatkan hazman di sebelah khaikarl . Sengaja susun untuk tidak susahkan khaikal . Tapi , bila Hazman sampai sekolah . Hazman taknak duduk sebelah khaikarl malah ingin duduk di kelompok kami . Ya Allah , Hazman taknak duduk bawah kipas dan nak duduk di sebelah tingkap .

Hazman , semalam muka hazman senyum je . Cakap pun tak kerap . Selalu hazman akan panggil nama khaikarl kerap . Tapi semalam hanya dua kali hazman panggil khaikarl untuk sedut . Hazman ! Hazman tak seceria selalu . Hazman lebih banyak kan senyum dan kami sekelas tidak nampak akan perubahan itu . 

Hazman . Kami minta maaf ! Maaf kan atas kesalahan kami semua . Atas perbuatan kami ! Hazman pergi keseorangan ! Kami tidak dapat melihat saat terakhir itu . Masa tengah jawab exam BM . Hazman tanya cikgu . yang hazman ada tak masa tambahan tak. Ya Allah , rupanya masa tambahan tu adalah maksud lain . Kami sedih . Sedih tak terhingga . Semalam muka hazman pucat . Dan filzah tanya hafiq nak teman kan hazman tak ? Tapi hafiq taknak , nuraini pun. Jadi kami balik dan tinggalkan hazman seorang diri .

Hazman kitaorang tak tahu . Hazman senyum walaupun pucat . Hazman tak cakap . Petang semalam , Hafiq datang rumah Filzah , Hafiq cakap hazman Meninggal Dunia ! Filzah tak percaya . Bila hafiq cakap serious . Ya Allah . Filzah terus menanggis dan rasa menyesal tak temankan hazman petang semalam . Petang semalam filzah,hafiq and nuraini pergi sekolah nak tengok Hazman tapi hazman dah pergi hospital . Kitaorang menangis hazman ! Hazman kitaorang pergi hospital dan tunggu hazman dekat hospital sehingga jenazah Hazman keluar . Tiba jenazah hazman keluar kitaorang tak dapat tengok muka hazman . Kitaorang nak minta maaf dekat hazman .

Hazman nak tahu tak ? Lepas jenazah hazman dihantar ke rumah . Hafiq, filzah, nuraini and 10 orang kawan hazman pergi ke rumah hazman . Sampai rumah hazman . Ustaz wan bacakan yassin untuk hazman . Kitaorang ada . Hazman nampak kan ? Hazman masa filzah baca yassin untuk hazman filzah menangis sebab dulu filzah pernah marahkan hazman sebab pinjam buku filzah . Tapi masa tu filzah tak kisah . Dan bila filzah dapat tahu hazman suka filzah . Filzah cuba jauhkan diri dari hazman . Hazman . Sedih nya kitaorang bila hazman pergi dengan keadaan macam tu . Hazman malam tadi kitaorang bacakan yassin untuk hazman . 

Lepas baca yassin . Mak hazman bukakan tudung yang menutupi muka hazman . SubhanAllah , bersihnya muka hazman . Ya Allah , bersih muka Hazman . Nuraini dengan filzah menanggis tengok muka hazman . Hazman ! Pagi tadi tak ada exam tau . Pagi tadi ada bacaan yassin dan tahlil ringkas untuk hazman di sekolah. Dan lepas tu, kami bertolak ke rumah Hazman pagi tadi, kelas 5 Gamma dan pelajar asrama pergi rumah hazman . Nak tengok dan bacakan yassin buat kali terakhirnya untuk hazman .

Hazman semua pelajar 5 Gamma menangis ! Semua . Bengkak mata Pelajar 5 Gamma atas pemergian Hazman . Hazman pagi tadi adalah kali terakhir kami melihat hazman . Lepas ni dah tak ada lagi . Mak hazman ada bagi satu kad dekat kami . Hazman ada tinggalkan wasiat buat kami . Wasiat Hazman pada kami "Carilah Ilmu Hingga Ke Akhir Hayat" . Insha Allah hazman . kami akan tunaikan wasiat hazman ni . Hazman ! Semoga roh hazman di tempatkan ditempat orang-orang yang beriman . Kami akan merindui Hazman ! Al-Fatihah .'

This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply